cara menghilangkan bintik hitam ..

Selain jerawat, bintik-bintik pada muka anda boleh mencacatkan penampilan dan menghilangkan keyakinan anda. Pasti ramai yang mengalami masalah bintik hitam di bahagian muka anda. Sudah tentu bagi anda yang mengalami masalah sebegini telah cuba pelbagai cara untuk menghilangkannya.


Ada kemungkinan anda juga telah cuba pelbagai produk untuk membaiki masalah yang timbul pada wajah anda ini. Mungkin produk-produk yang anda guna belum memberi kesan yang baik pada wajah anda dan mungkin juga produk tersebut tidak bersebuai dengan muka anda. Apa kata anda cuba tips di bawah ini pula :-


1. Ubat Gigi 

Ubat gigi antara ‘ubat’ paling berkesan untuk menghentikan masalah bintik-bintik hitam. Caranya sapukan ubat gigi tersebut hanya pada kawasan bintik berkenaan. Kemudian biarkan sehingga ia kering. Lalu setelah ia dibiarkan kering kemudian cuci dengan air bersih. Tak kisah pun ubat gigi jenis apa. 


2. Madu


Madu juga adalah penawar terbaik. Jika di amalkan secara harian ia akan memberi kesan yang sangat baik. Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang berbintik hitam di wajah anda, kemudian biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.

3. Susu Segar

Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian bintik hitam tersebut. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik – bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.

Cubalah salah satu daripada tiga cara ini. Tetapi jika bintik hitam masih terus kekal bermakna anda sedang menghadapi masalah serius. Anda haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor pakar kulit mengenai masalah ini sekiranya kulit muka anda mengalami masalah bintik hitam yang serius.

Selamat Mencuba..!! (^___^)v

p/s : habislah ubat gigi malam ni ;p


10 comments:

yayahnasake said...

THANK YOU for sharing with ME !!! Pasnie blh sy sggest kat mak yng sdg susah hati degnan bintik2 hitam d muka :D

Rozita said...

Hahaha...memang akak nak bubuh ubat gigi kat bintak tu malam nih jugak !

cik najihah said...

x tau pualk ubt gigi ni boleh buat petua hilang bintik hitsm huhu..thanks

Miss N @ Nadia said...

yang ubat gigi tu macam menarik :D

Anonymous said...

thanks.=]. Mlm nnti nak cuba..

Anonymous said...

wah..yg ubat gigi tu best lah..
try..try..jgn x try..

Seindah Langit Biru said...

berkesan kew nihh?...Ohhh mukaku sudah teruk..Bru umur brpa dah muka teruk..

Seindah Langit Biru said...

Send ke c box sy jwpan kpda soalan sy tu..ty

http://xxxsophiacoolgrey.blogspot.com/

Anonymous said...

sgt bez bnyinyeeeeeee..........

Anonymous said...

Sye cuba an ubat gigi klau x berkesan ape hrus sye buat ??