Jun 2016

Hai. 

Dah masuk hari ke-15 Ramadhan. Lama lahai tak update blog. Oh ya! Untuk pengetahuan, aku dah pun bertukar jabatan di tempat kerja aku. Secara jujurnya, aku rasa sangat lega bila tahu aku ditukarkan. Kenapa? Sebab aku rasa macam aku useless sepanjang suku tahun 2016 ni. Boss aku pencen dan tiada pengganti. So, bila aku sebagai p.a, takde boss, memang rasa useless gila. 8 bulan aku terkontang-kanting tanpa ada kerja. 8 bulan aku rasa aku makan gaji buta. 8 bulan aku rasa otak aku tepu dan tak aktif. Sebab tu bila aku dapat surat pertukaran, aku rasa lega. Bukan aku tak sayang pejabat lama. Sayang gila. Sebab Pejabat Pengarah tu adalah tempat pertama aku jejakkan kaki sebagai p.a. Aku ada kawan-kawan yang supportive, yang mana selama 3 tahun aku kat pejabat tu, dorang sentiasa ada time memerlukan. Aku ada bos-bos yang baik giler. Kalau ikutkan hati, memang aku nak je stay di pejabat lama tu lagi lama, tapi bila aku fikir balik, selagi aku stay kat situ dan takde bos, karier aku akan down. So, aku let go rasa sedih tu. 

1 Jun 2016, aku lapor diri di office baru. Aku ditempatkan di Jabatan Pediatrik. Tempat kanak-kanak hoii. Hahahahaha. Kebetulan office aku tu menghadap dengan wad kanak-kanak. Memang riuh la jugak kadang-kadang dengan suara budak-budak dalam wad tu haa. Aku nervous gila duk office baru ni. Sebab suasana dan cara kerja yang 100% berbeza dengan pejabat lama. Kat sini, aku kena belajar pasal clinical service, aku kena jaga pakar-pakar, doctors, students and etc. Yang paling aku takut masa exam student. Huishh. Aku tak tahu apa-apa masa mula-mula lapor diri tu. Nasib baik lecturer kat sini bagi tunjuk ajar. Dorang bagitahu aku satu persatu benda yang kena buat. Aku happy jugak duk sini. Dan masih banyak benda yang aku kena belajar. Dan aku sentiasa berdoa, walaupun payah mana kerja tu, semoga segalanya dipermudahkan untuk aku. 

Cuma aku terkilan satu benda. Lepas dah keluar dari pejabat lama, bila dah tak pegang jawatan sebagai p.a kepada pengarah, aku boleh nampak siapa betul yang boleh jadi kawan, siapa yang kawan dengan kita masa kita di pejabat pengarah semata-mata. Sebab kawan-kawan aku bukan setakat staf pejabat pengarah je, aku kawan dengan semua orang dalam bangunan pejabat lama aku tu. Dulu, masa aku jadi p.a pengarah, amboii kemain lagi setiap kali datang tempat kerja aku, mesti akan cari aku, mesti ajak lepak sesama. Sekarang, bila aku jadi p.a ketua jabatan, 2,3 makhluk tu alahaiii diam terus. Dia ingat aku tak perasan kot. Takpe lah, aku ada lagi kawan-kawan lain yang sayang aku. Hekhek~ Aku selalu cakap kat staff pejabat lama aku, "farah kan yang paling muda, paling bongsu, so mesti la farah ni kesayangan semua". Dan aku takkan lupa bilamana masa majlis perpisahan aku, aku nampak ada 2,3 orang staf yang nangis masa aku berucap. Sedih kot. Aku pun nangis gila time tu. Sedih, sebab aku terharu, dorang sanggup attend majlis perpisahan aku. Aku tak sangka langsung. 

Pesen aku ni, mudah je. Aku hormat semua orang, aku bercakap dengan semua orang. Melainkan kalau aku memang tak suka orang tu. Kalau aku tak suka, sahkan nak bercakap, nak senyum pun memang tak la. Means aku berkawan je dengan semua. Tapi, bila orang tu macam nak tak nak kawan dengan kita, berkawan pun bersebab, sorry to say, aku awal-awal angkat kaki. Peduli apa aku kalau pegawai ke, kau atok pegawai ke, kalau kau takde adab, you dont deserve any respects. 

Panjang nau post kali ni. Oklah, tunggu raya nanti aku post entri baru pulak. Hiks~



p/s: semoga julai akan datang menjadi julai yang terbaik sepanjang 25 tahun kehidupan.