Janji Jujur Sepi

Semalam..untuk  pertama kali dan terakhir kali, aku tengok cerita Janji Jujur Sepi. Yang Beto-Neelofa-Izreen berlakon. Kenapa pertama kali? Sebab aku tak tahu pun wujudnya cerita tu. Walaupun sebelum ni Capital H pernah sebut dalam entri dia, tapi aku macam blur masa baca entri tu. Aku ingat dia saja-saja reka entri tajuk Janji Jujur Sepi tu. Dan untuk terakhir kali..sebab semalam cerita tu dah episod last -___-"

Cerita ni best. Aku respect penulis skrip dia. Sebab berjaya hasilkan skrip drama yang aku rasa kena dengan selera aku. Especially skrip-skrip Beto. Humangaih..sangat makan dalam. Deep deep ayat dia. Suka sangat ayat dia time yang dia gaduh dengan Neelofa, yang kat kedai buku tu. Yang lopa cakap dia menyesal kenal dengan Danny. 




"Aku mungkin, bernafas untuk orang lain. 
Tapi untuk lima minit tiap-tiap pagi, aku bernafas untuk diri sendiri."

"Orang selalu cakap, ajal, maut, jodoh di tangan Tuhan. 
Aku rasa orang yang cakap macam tu adalah orang yang dah putus asa. 
Jadikan takdir sebagai alasan bila tak dapat apa yang diorang nak. 
Aku hipokrit sebab ajal, maut, jodoh di tangan Tuhan. 
Aku kini jujur untuk percaya takdirNya.."

"Kalau saya ada pilihan, saya akan mintak supaya saya tak kenal dengan awak"

"Kalau awak nak happy, awak kena buang benda yang buat awak rasa sedih"

"Sebab awak saya jadi kejam"


Dahla. Korang tengok sendiri la kat tonton kalau nak tahu ayat-ayat dia lagi. Muehehehehe. Till meet again! Adiosss~ 


********
update: setelah mendapat kepastian dari seseorang, maka telah terbukti Janji Jujur Sepi bukan drama. 
Its telemovie. Ai dah salah anggap. Ingat semalam episod last. Rupanya telemovie T_T



p/s: "walaupun bukan bernafas untuk orang lain, tapi atleast boleh buatkan orang lain bernafas"-Heto


7 comments:

Anonymous said...

cerita tu telemovie bukan berepisod.

:: Mrs.Eady :: said...

alahaiii mcm best jek!

farah alias said...

memang best pun!!!

4feet8 said...

haah..bukan berepisod. cerita habis terus. tapi dah banyak kali ulang kat astro.. ;)

farah alias said...

tula. ingat kan episod2. wat malu jek. hihihi

Heto said...

Aik? Ayat saya pun ada? O.o

farah alias said...

eh. mana ayat awak. mana mana. hiksss