Ramadhan 2014

Assalamualaikum, Selamat PagI, Salam Ramadhan!

Gicewww. Hampir 2 bulan tak hupdate belog. Farah dasar pemalas. Sedar tak sedar, dah masuk bulan Julai. Dah masuk hari ketiga Ramadhan. Rasa lain sikit Ramadhan tahun ni. Tanpa Abah di sisi. Bukan lain sikit, lain banyak ekceli. Its hard tapi takpe, berdoa supaya Allah permudahkan segalanya. Life must go on. 

Semoga Ramadhan ini penuh dengan keberkatan. Dipermudahkan segalanya. Aku sebenarnya takde idea nak tulis apa kat blog ni. Idea berblog hilang sebab dah lama tak menulis. Padan muka. Kat twitter pun aku tak seaktif dulu dah. Kalau dulu, setiap saat aku membebel kat situ. Mungkin kesibukan kat pejabat membatasi masa untuk hadap blog. Kau ingat kau engineer ke Farah, sampai busy gila tak sempat hupdate belog. Engineer pun hupdate blog. Farah sibuk, sibuk ngorat. Muahahahaha

Last not least, aku tinggalkan lagu ni untuk tatapan uolss walaupun sekarang dah tak ramai viewer belog aku. Tak ramai ke takde langsung? (-,-") 


Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa

First time aku dengar lagu ni semalam. Dan masuk hari ni, dah dekat 15kali aku dengar lagu ni. Wiwiwii. Best kot lirik dia. Membina semangat betul rasa. Tapi Encik H cakap lagu ni memang antara lagu feveret dia. Tapi kenapa dia tak pernah suggest kat aku lagu ni. Why H whyyyyy~ 

Kbai.


p/s: dan sekarang aku mengidam nak makan kerang cicah sos untuk supper malam nanti !