2014

2014.

2014 aku tak awesome. Tahun yang paling banyak buat aku sedih. Rasa macam baru semalam aku update status kat fb; "2014-please go all the sorrow and pain, give me some happiness". Rasa macam baru semalam aku menitiskan airmata mengenangkan all the things happen to me. Cepat sungguh masa berlalu. Tuhan masih sayangkan aku, Dia uji aku dengan ujian perasaan dan emosi kalini. Mungkin untuk lihat sejauh mana aku mampu mengawal emosi dan perasaan tatkala ditimpa ujian-Nya. 

Awal 2014 Allah menjemput orang kesayangan aku kembali ke pangkuan-Nya. Separuh jantung aku direntap masa tu. Sehingga harini, tak pernah dalam sehari pun aku tak ingat Abah. Setiap hari. Aku framekan gambar aku dan Abah, letak di pejabat. Desktop komputer aku, aku letak gambar Abah. Home screen fon aku, aku letak gambar dia. Sebab aku taknak lupakan Abah walaupun sehari. Bila aku buat macamtu, aku rasa aku dekat dengan Abah. Dan Abah akan sentiasa ada, dalam hati aku.

Awal 2014 juga aku terima abang ipar baru. My second sister get married. Majlis disambut sederhana waktu tu. And i have 2 brothers now. Waiting to complete 3 brothers-in-law for my younger sister. Lulz. Tak sabar nak tengok siapa suami aku nanti katanya -_-

Pertengahan 2014 aku banyak sibukkan diri dengan kerja pejabat dan aktiviti luar. Hampir separuh hidup aku masa ni aku habiskan dengan kerja-kerja pejabat. Sebelah malam pula aku sibukkan diri dengan siapkan tempahan customers. Kadang-kadang aku sengaja ambil tempahan lebih dari biasa, sebab aku nak sibukkan diri. Aku sibukkan diri untuk aku lupakan kesedihan hati masa tu. Yang baca blog aku sebelum ni tahu kenapa. Aku dah taknak ungkit. Dah taknak ingat. Even sekarang pun aku dah tak ingat. Thanks Allah for give me some strengthness to face all the sorrow and frustration.

Hujung 2014 masa untuk berehat goyang kaki sepatutnya. Tapi like all of us know that, Pantai Timur mengalami bencana banjir yang sangat sangat teruk especially Kelantan. Dan Hospital USM satu-satunya hospital yang selamat di Kelantan time tu. Bilamana HUSM menjadi front line hospital buat masa sekarang, automatically my boss and the whole management tertinggi menjadi orang yang paling sibuk sekarang. Dengan aku sekali diheret my boss.Ada masa terluang aku akan membantu di Bilik Gerakan Banjir HUSM. Minggu ni makan minum kat bilik gerakan je. Sedap tak sedap, tawar tak cukup garam ke semua belakang kira. Aku tengok bos aku pun dah gaya orang tak tidur 8 hari.  Semoga tabah untuk semua urusetia gerakan banjir. 

Harini hari terakhir 2014. 365/365 muka surat telah diisi. Esok, InsyaAllah ada sinar baru muncul, senyuman yang baru. Semoga Allah permudahkan. Dan aku masih mengharapkan kebahagiaan dan kegembiraan memeluk aku untuk tahun 2015. Harap juga untuk bertemu jodoh. Hekhek. Well, kita manusia kan..siapa yang suka sunyi :)


*MH370, MH17, QZ501, Banjir Pantai Timur tetap dalam ingatan. Damailah kalian disana. 


p/s: kita semua ada pilihan dalam hidup. jika melupakan itu salah satu pilihan untuk buatkan kita lebih gembira, maka pilihlah untuk melupakan.

p/s/s: its enough for me, untuk semua yang terjadi. perkara yang paling aku benci dalam hidup aku, orang yang pentingkan diri dan orang yang layan aku macam aku takde perasaan.