April 2016.
Tak tahu nak cakap macam mana tapi permulaan suku tahun 2016 aku macam tak best. Tak menarik sangat bagi aku. Serasanya lebih kepada banyak makan hati, banyak berperang dengan perasaan sendiri. Haihhh. Mungkin juga banyak memikirkan soal masa depan. Kot. Entah. Tapi yang pasti, aku dapat permulaan 2016 yang kurang menarik. Perasaan ni aku dah rasa masa tahun 2014 haritu.
Okay, berbalik pada kesuraman 2016 aku. Mungkin dah sampai masa aku mencari. Pencarian yang boleh mengisi kekosongan hati. Ada orang tak percaya bila aku cakap aku takde pakwe, dan makin ramai yang tak percaya bila aku cakap aku dah single almost 3 years. Means start aku masuk kerja, aku belum pernah ada pakwe. Lama jugak actually 3 tahun tu. Tapi sebelum ni takde rasa apa. Sebab aku gila kerja (bukan aku cakap, tapi kawan aku yang cakap). Rasa macam seronok jadi single. Tapi bila lama-lama kan, believe me kau akan rasa sunyi. Kalau tak banyak pun, sikit tu mesti ada. Dannnnn tipu kalau aku cakap aku takde perasaan nak ada orang temankan aku, nak ada tempat aku bercerita tanpa rahsia, nak ada perasaan i want to grow old with youuuu~ Heh. Aku tak boleh cakap sangat pasal benda ni. Nanti aku sedih.
Tapi aku tetap remind dalam hati aku. Sejauh mana pun aku mencari, sebanyak mana pun aku merancang, kalau Tuhan kata bukan masa aku lagi, aku tetap kena terima. Aku kena hadap. Aku kena buat dunno jela. Tapi kadang aku sedih bila orang duk cakap aku ni memilih, orang duk cakap aku ni taste tinggi. Rasa macam mudahnya menghukum yang tersurat berbanding yang tersirat. Mak aihhh~ Boleh pulak keluar lagu Hujan Kelmarin time duk taip post ni. Tak susah pun nak ngorat aku. Kau tak perlu call aku setiap masa. Tak perlu nak mesej 24 jam. Tak payah risau nak ajak aku pergi dating kat mana setiap hari. Sebab aku tak suka berkepit. Aku suka pasangan yang berdikari. Dan kalau boleh, nak la yang ada ilmu agama. Tak banyak pun, sikit pun bolehla. Atleast biarlah dia tahu halal haram, dosa pahala, tahu batas agama dan adab hidup. Dia nak jadi pembimbing kot. Nak bawa ke syurga. Sekurangnya biarlah tahu dan ada basic. Lepastu, boleh sama-sama belajar, sama rasa susah senang tu.
Aku pernah suka orang macam tu. Tapi sayang, dia tak suka aku. Infact, dia tak pernah sedar pun kehadiran aku walaupun aku dah sengaja munculkan diri. Hehehehe. Takpe, mungkin dia ada pilihan yang lagi baik. Semoga bahagia.
p/s : kerna diriku hanyalah niskala bagi mu ..