Dan Diakhirnya

Beep! Beep!

Eh, siapa pulak wechat aku ni?

* * * * *

     Dia: Ara, bagi satu tajuk entry bermula huruf D

     Aku: Donkey..hahaha

     Dia: Donkey? Okey..

     Aku: Eh tak tak. Dan diakhirnya..

     Dia: Erkk..Dan diakhirnya?

     Aku: Yup! Dan diakhirnya..

     Dia: Oret.

* * * * *

Apesal dia tiba-tiba tanya tajuk entry? Ni mesti dah taip entry, tapi tak tau nak letak tajuk apa. Tau sangat dah..hahaha.

Cadangnya tadi aku nak bagi tajuk Donkey. Saje nak main-mainkan dia. Tapi bila fikir yang ini mungkin entry terakhir dia untuk tahun ni, ada baiknya aku bagi tajuk yang elok sikit.

Dan diakhirnya.

Aku rasa tajuk tu sesuai. Sesuai untuk entry akhir tahun. Dan sesuai untuk menggambarkan persabahatan kitorang. Macam mana dulu bermula. Dan macam mana kini akhirnya.

16 Disember 2012. Aku start kenal dia pada tarikh tu. Bermula dengan salah faham. Betul-betul punya salah faham. Hanya kerana initial words, aku fikir dialah orangnya. Dia la mat romeo sejati yang membuatkan gadis lain frust kat facebook. Dia la orangnya. Tidak syak lagi.

Rupanya semua tu salah faham semata-mata. Dia bukan orangnya. So, the ice is broken.

Since that day, perlahan-lahan kitorang jadi semakin rapat. Mungkin pada dia, aku bukan kawan yang rapat. Tapi pada aku, dia seorang kawan yang rapat. Tempat aku luah cerita, tempat aku gelak ketawa, tempat aku tanya pendapat dan tempat aku umpat-mengumpat.

Kesian jugak kadang-kadang, bila dia terpaksa layan dan dengar macam-macam cerita. Terutama cerita-cerita membabitkan orang yang dia tak suka. Cerita-cerita yang dia dah jemu nak dengar. Atau cerita-cerita yang sebenarnya dia tak mahu nak dengar. Tapi, atas dasar kawan, dia tetap lapangkan telinga untuk dengar dan terus mendengar.

Dan bila dia dah tak larat nak dengar, baru dia marah. Marah kerana cerita tu seakan tak pernah habis. Tetap dengan nama yang sama, orang yang sama, kisah yang sama, kebodohan yang sama, dan kronologi yang sama. Marah kerana aku seakan lemah. Marah kerana aku tak kuat mengubah. Marah kerana aku biarkan diri aku dipermainkan berkali-kali, dan berulang kali. Tak pernah habis dan tak pernah sudah.

Walaupun aku tak suka kena marah, tapi marah dia, membuatkan aku sedar bahawa aku memang patut untuk dimarah. Atau lebih tepat, aku sebenarnya perlu untuk dimarah.

Dan diakhirnya, things getting better. Aku rasa aku lebih menghargai diri sendiri. Perempuan yang ingin berlari suatu ketika dulu tapi masih belum kuat tu, kini dah mampu berlari sendiri. Dan perempuan tu adalah aku. Berlari meninggalkan 2013 yang penuh dengan memori.

Memori tentang aku, tentang dia, dan semua tentang kita.

p/s: susah nak buat entry yang something spesel, instead of nothing spesel..