Sayonara, 2013

Ekhemm. Ehem-ehemm. Maigaddd aku tak tahu nak tulis apa. Blur. 

Hari ni hari terakhir tahun 2013. Rasa macam sesuatu sangat bila 2013 dah nak ucap selamat tinggal. Banyak benda yang berlaku pada 2013. Suka, duka, gelak tawa, menangis, kena marah-semua ada. Tahun 2013 banyak mengajar erti hidup sebenarnya, lebih mengajar ke arah menerima setiap apa yang berlaku dengan hati yang redha dan terbuka. Gitu la kot. 

Jadi, 365 hari sudah diisi setiap helaiannya. Dan setiap helaiannya membawa cerita yang berlainan. Bergantung kepada hati dan diri sendiri macam mana mahu tangani. Macam mana mahu hadap setiap cerita di setiap helaian itu. Dan dan dan aku rasa aku sendiri pun di setiap helaian tu, macam-macam warna aku dah conteng.  Bagi aku, tahun 2013 sebenarnya menguji menguji kekuatan dan ketabahan hati aku. Sejauh mana aku bersedia untuk hadap setiap ujian dan dugaan dari-Nya. Benar-benar menguji. Tipu kalau aku kata aku tak pernah rasa lemah, tak pernah rasa macam nak mengaku kalah, tapi Tuhan itu Maha Adil. Pada permulaan tahun hari tu, aku mengaku hidup aku macam kelam-kabut, kucar kacir rasanya, tapi sekarang, bila aku sendiri dah mampu nak hadap, aku rasa hidup aku sekarang makin lega, makin happy, makin tak fikir apa benda yang tak patut aku fikir. 

Apa perancangan aku untuk 2014? Aku nak start kumpul duit sikit-sikit, aku nak start cari calon suami. Aku tak main-main. Sebab 2014 aku dah umur 23. Dan aku rasa dah tiba masa yang sesuai untuk aku fikirkan soal hati perasaan dengan serius, aku fikirkan pasal masa depan aku. Aku dah malas nak jaga hati orang, nak fikirkan apa yang orang tu rasa kalau aku buat itu, aku buat ini. Aku nak jaga hati aku sendiri pulak. Aku nak hidup dengan orang yang tahu hargai setiap apa yang aku lakukan, yang sentiasa ada dengan aku , suka ataupun duka. Yang boleh jadi tempat untuk aku bercerita. Penyenang ketika susah. Pelindung ketika diserang. Yang berani ketika aku ketakutan. Kekuatan ketika lemah. Penaung jalan ke jannah.

Akhir kata, amboiii skemanya~ 

Semoga 2014 menjadi tahun yang lebih baik untuk aku.
Semoga 2014 beri aku satu kehidupan yang lebih bermakna.
Semoga 2014 mampu menjadikan hati aku lebih tabah.
Semoga 2014 dan aku boleh jadi kawan baik.


ada orang bagi lagu ni kat aku, suruh aku dengar katanya. acanor nih?

Jadi, selamat tinggal 2013. Terima kasih sebab jadi tahun yang baik untuk saya. Tahun yang memberi saya 1001 pengalaman. Thanks for everything. Sayonara 2013 :)


p/s: andai dia yang terbaik untukku, permudahkan segala urusan kami. andai bukan dia orangnya, berikan aku ketabahan dan hati yang redha untuk terima apa yang Engkau berikan. Permudahkan, Rob.