Hari terakhir November.
Ambil kesempatan uintuk hupdate belog lapuk ini di hari terakhir November. So many sweet things happened this month.
6 November - Im officially 23 years old this year. Feeling so blessed untuk hari lahir tahun ini. Disambut sederhana tapi rasa bersyukur yang amat. Bersyukur kerana diberi kekuatan hati, bersyukur kerana masih berpeluang menyambut hari lahir yang kesekian kalinya, bersyukur di kelilingi insan-insan yang banyak membantu dan memberi sokongan. Abaikan yang mengata. Dunia tidak lekang dari manusia yang iri. Dikelilingi keluarga yang supportive. Rindu pada arwah Abah usah dibilang, setiap hari tidak pernah sekalipun aku melupakan Abah. Lebih-lebih lagi pada hari lahir aku. Rindu :) Terima kasih Tuhan untuk kehidupan yang sempurna ini.
24 November - One of my close friend masa sekolah selamat bergelar 'isteri orang'. Jadi bridemaids di hari bahagianya, memkirkan "biarlah, kawan kaweng, buat jasa sebagai kawan. Lepasni entah bila lagi dapat jumpa..". Berjumpa kembali kawan-kawan sekolah menengah. Ibarat reunion kata mereka. Tahniah Ann & Nazeri. Semoga kekal hingga syurga; dikurniakan anak yang comel seperti kalian.
27 November - Salah seorang manusia yang rapat dengan aku di pejabat selamat mendirikan masjid. Selamat menjadi suami orang, Saiful. Manusia? Hahaha. Sebab dia seorang yang gila-gila dan boleh dianggap seperti seorang abang. Kadang berkongsi cerita dengan dia. Selamat ber-honeymoon. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Jaga Kak Ita baik-baik ye bang Pol!
30 November- Hari terakhir November. Berlaku salah faham dengan staf di unit lain di tempat aku bekerja. Luckily my boss faham dan not blame me. Katanya its not my fault. Supposed staf tu berterima kasih sebab aku sudi membantu. Dan boss siap pesan lagi, "lain kali jangan layan lagi dah dia. tak payah nak tolong dah. tak berterima kasih langsung orang tolong.." Terima kasih boss :D
This is my sweet November. Semoga November 2015 menjadi lebih bermakna dengan kehadiran teman hidup. Eh? Doakan jumpa si dia yang dinanti.