nilai sebuah kemaafan

Hello. Hai. Assalamualaikum.

Entri ini berkait dengan entri ini, dan ini.

7 bulan since the day my Abah gone. 7 bulan since the day orang yang aku suka tinggalkan aku macam tu je. And it happens on the day my Abah gone. Tanpa sebarang alasan. Aku ingat lagi waktu tu, aku khabarkan pada dia, yang Abah aku dah takde. Dia diam, seribu bahasa. Aku ingatkan dia datanglah juga melawat, teman aku yang tengah memerlukan time tu. Tapi aku silap. Diam dia tu sehingga sekarang. . Jangan tanya apa aku rasa masa tu. I'm glad that i'm surrounded with good peoples-supportive family, friends and officemates. Hati aku masa tu; kosong. Nasib tak meroyan. Kehkeh. Hilang terus peluang dia untuk kembali bersama aku semula-he used to be my boyfriend when i'm 19. Kiranya dia ex aku la. Takdir temukan kami balik a years later, tu yang aku cuba berkawan balik dengan dia. Mana aku tahu dari kawan jatuh ke sayang. Mungkin masa tu aku fikir aku cukup kuat untuk anggap dia kawan semata-mata.

Since that day, aku terus anggap dia tak pernah wujud dalam hidup aku. Dia pernah sebenarnya cuba cari aku balik, tapi hati aku masa tu memang tahap bencikan dia habis-habisan. Aku set mind aku supaya bencikan dia. Aku memang berdendam time tu. 7 bulan hidup aku tak tenang. Walaupun dalam otak aku duk set supaya bencikan dia, tapi setiap hari aku ingat dia, setiap hari aku ingat kenangan dengan dia, setiap hari aku macam duk fikirkan pasal dia. Aku seolah-olah tak tenang. Kau bayangkan, setiap hari kau terpaksa ingat orang yang kau benci, orang yang buat hati kau menangis. Blergh ayat aku. Metafora sangat.

Then, one day, masa tu bulan Ramadhan. Ya, Ramadhan haritu. Lepas solat Maghrib-still on sejadah, aku berfikir. Kenapa la aku ni susah sangat nak lupa kat makhluk sorang tu. Padahal aku tahu yang hati aku ni memang zero dah untuk dia. Tapi kenapa aku tak tenang, duk ingat dia. Almost everyday pulak tu. Aku muhasabah balik diri aku, otak aku. Dan masa tu mungkin Allah nak bagi aku petunjuk. Masa tu jugak aku terfikir, yang aku jadi macam tu mungkin sebab aku tak maafkan dia. Aku berdendam. Aku marah. Aku tak redha dengan apa yang dah berlaku. Aku minta doa, supaya Allah bagi aku kekuatan. Supaya aku ikhlas maafkan dia. Lepas isya, datang kekuatan dalam diri aku. Aku ambil phone, aku wechat kawan baik dia. Aku tarik nafas panjang-panjang. Aku bagitahu kat kawan dia, "bagitahu dia yang saya maafkan dia. saya ikhlas maafkan dia, saya terima dengan apa yang dia buat pada saya, saya redha.." Aku rasa macam drama gila kot aku time tu. Rasa macam dalam drama tv1 dah. 

And know what, lepas aku tinggalkan pesan pada kawan dia, aku tenang. Rasa tenang yang teramat sangat. Ya Allah, memang aku tak boleh nak cakap macam mana tenangnya aku rasa time tu, tapi seriously aku memang rasa tenang, aku rasa hati aku lepas dari bebanan yang sangat kuat. Haaa gitulah rasa dia. Esoknya, aku memang langsung tak fikir pasal dia. Even tak terlintas pun kat hotak aku ni muka dia. Sampai harini, aku langsung tak fikir pasal dia. Dan sekarang aku pun tengah sibuk usha pakwe baru. Kehkehkeh~

Betullah orang cakap, nilai kemaafan tu tinggi sebenarnya. Bilamana kita maafkan orang yang sakiti kita, bukan maksud kita kalah, bukan maksud kita nak kembali pada dia, tapi sekurangnya biarlah dengan kemaafan yang kita bagi tu, hidup kita tenang. Hati kita tenang. Aku happy sekarang, sebab aku berjaya tak fikir pasal dia. Tengah taip entri ni pun aku berusaha keras untuk timbulkan muka dia dalam minda, tapi tak timbul-timbul. Its awesome. Rasa macam nak menangis sebab rasa happy sangat, tenang sangat. 


Aku tahu aku cukup kuat hadapi benda-benda macam ni. Sebab Allah dah bagitahu dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu Allah memberikan ujian itu ke atas diri kita.

Habis cerita. Bai ;)

xoxo, publish. 


p/s: namun harus ku tinggalkan cinta ketika ku bersujud =)